Saturday, 8 December 2012

Bab 2.4 Faktor

2.4 Faktor

Faktor (factor) suatu nombor bulat yang diberi adalah, nombor yang boleh dibahagikan dengan nombor tersebut dengan tepat.

1 dan nombor itu sendiri adalah faktor kepada sebarang nombor yang diberi.


Menyenaraikan faktor nombor bulat.
Contoh:
Cari semua faktor bagi:

18
Jwb:
18 ÷ 1 = 18
18 ÷ 2 = 9
18 ÷ 3 = 6
18 ÷ 6 = 3
18 ÷ 9 = 2
18 ÷ 18 = 1

18 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 3, 6, 9 dan 18. Oleh itu, faktor kepada 18 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.

50
Jwb:
50 ÷ 1 = 50
50 ÷ 2 = 25
50 ÷ 5 = 10
50 ÷ 10 = 5
50 ÷ 25 = 2
50 ÷ 50 = 1

50 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 5, 10, 25 dan 50. Oleh itu, faktor kepada 50 adalah 1, 2, 5, 10, 25 dan 50.


Menentukan samada suatu nombor itu adalah faktor kepada nombor bulat yang lain.Contoh:
Tentukan samada;

7 adalah faktor kepada 119.
Jwb:
119 ÷ 7 = 17
119 boleh dibahagikan dengan tepat oleh 7. Oleh itu, 7 adalah factor kepada 119.

4 adalah faktor kepada 599.
Jwb:
599 tidak boleh dibahagi dengan tepat oleh 4. Oleh itu, 4 adalah bukan faktor kepada 599.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...