Saturday 8 December 2012

Bab 1.3 Pendaraban & Pembahagian

1.3 Pendaraban & Pembahagian

Pendaraban (multiplication) adalah proses mencari produk terdiri daripada dua atau lebih nombor. Simbol bagi pendaraban adalah 'x' dan dibaca sebagai 'darab' (multiply).

Pembahagian (division) adalah proses mencari hasil bahagi suatu nombor dengan nombor lain yang mana bukan sifar. Simbol bagi pembahagian adalah '÷' dan dibaca sebagai 'bahagi' (divide).

Mendarabkan dua nombor

347 x 24

347 x 24 = 8 328


826 x 415

826 x 415 = 342 790


Contoh:
Satu rim kertas bersaiz A4 mengandungi 485 helai. Sebuah pusat fotokopi menggunakan 36 rim kertas bersaiz A4 sehari. Kira jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut.
Jwb:

Jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut adalah 17 460 helai.

video asas pendaraban.

Membahagikan nombor bulat dengan nombor bulat yang lebih kecil

534 ÷ 3

Hasil bahagi 534 ÷ 3 adalah 178.


5 649 ÷ 21

Hasil bahagi 5 649 ÷ 21 adalah 269.


4 533 ÷ 8

Hasil bahagi 4 533 ÷ 8 = 566 berbaki 5.

Contoh:
Sebuah badan bukan kerajaan ingin mengagihkan bantuan 525 buah basikal kepada 7 buah sekolah terpilih dalam daerah Alor Gajah. Jika basikal tersebut diagihkan sama-rata untuk setiap sekolah, berapa buah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah?
Jwb:
525 ÷ 7

Jumlah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah = 525 ÷ 7 = 75 buah basikal.

***

Hasil bahagi sebarang nombor yang dibahagi dengan sifar (zero) adalah tidak dapat ditakrifkan.
Contoh: 7 ÷ 0 adalah tidak dapat ditakrifkan.

Hasil bahagi apabila sifar dibahagikan dengan sebarang nombor (kecuali sifar) ialah sifar.
Contoh: 0 ÷ 7 = 0.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...